Alhamdulillah, akhirnya aku sudah berjaya menyertai Youtube Partner Program. Sejujurnya aku memang tidak menjangkakan langsung perkara ini berlaku. Kenapa? Meh sini aku nak cerita.

Dia punya cerita lebih kurang macam ni lah, aku kalau ikutkan kene dapatkan lebih kurang dalam 3++ subscriber sepatutnya. So, dengan situasi aku yang agak kurang buat video ni memang mustahil lah. Bayangkan, laptop problem (dan ketika artikel ini ditulis, laptop masih belum diterima lagi) sebelum laptop problem, gopro hero 8 aku masuk air. So memang aku tak ada nak create apa-apa video lah. Nak guna handset? entahlah, aku lemah sikit edit video guna handset. Hahaha. Tapi sekarang ni aku kena cuba sikit-sikit lah.

Bagaimana ia terjadi?

Benda ni terjadi pada hujung tahun 2020, kalau korang ingat video pasal ribut di pesisir pantai Terengganu. Aku tak pasti kenapa aku upload video tu ke channel aku. Rentetan dari video tu dan beberapa video yang menyusul kemudiannya, subscriber aku tiba-tiba bertambah secara drastik. Ya, jumlah subscriber yang subscribe aku pada minggu tu terlalu banyak dan tak semena-menanya aku berjaya mendapat 1000 subscriber pada minggu tersebut.

Tapi tunggu dulu… 1000 subscriber tidak bermaksud korang terus di terima menjadi Youtube Partner Program. Korang perlu memenuhi syarat yang kedua, ia itu 4000 jam tontonan. Semasa aku mendapat 1000 subscriber, jumlah tontonan aku hanyalah 2,130 jam sahaja.

Nak di jadikan ceritanya pula, awal tahun 2021 ni, angin monsung tengah melanda belah pantai timur. Jadi, negeri aku ni tidak terkecuali terkena tempiasnya. Hujan non stop selama dua hari menyebabkan air naik. Aku tak dapat lupa, pada pagi tersebut whatsap group di penuhi dengan berita air sungai telah melimpahi jalan-jalan tertentu. LPT 1 juga tidak terkecuali. Ramai orang terkandas kerana tidak dapat melalui jalan-jalan tersebut. Ada yang degil cuba meredah air banjir, penyudahnya kereta tersadai di tengah-tengah banjir.

Video-video ni lah antara yang aku upload. Niat aku pada masa ni hanyalah untuk berkongsia situasi semasa yang terkini sahaja. Kebanyakkan video yang aku kongsi adalah dari sumber-sumber yang di percayai dan orang perseorangan yang aku kenali.

Jadi pada minggu tersebut, video aku kebanyakkannya adalah video bencana alam. Dari tontonan video-video ni lah aku dapat melengkapi jumlah 4000jam tontonan di channel aku. Tapi tak semua video aku amik dari sumber-sumber lain. Aku ada juga turun sendiri amik gambar dan video. Aku redah limpahan air banjir, dalam hujan aku fly drone semata-mata kerana content.

Drone masuk air

Dalam keghairahan aku menerbangkan drone(sebab lama sangat tak fly drone). Ada kerja gila yang aku buat pada masa tu. Aku fly drone dalam hujan. Asalnya, hujan dah berhenti, so aku take off macam biasa lah. Bila tengah sedap layan view, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Dengan ketinggian aku yang sedang terbang masa tu, memang agak mengambil masa lah untuk aku landing. Alhamdulillah, aku berjaya mendaratkan drone tanpa sebarang kemalangan.. tetapi ini pula yang terjadi.

Bayangkan aku balik rumah dengan kepala serabut memikirkan macam mana keadaan dan status drone aku tu.

Keajaiban terjadi

Syukur, alhamdulillah. Bila sampai rumah aku try on balik drone, dan tiba-tiba dia ok dengan sendirinya. So hilang satu beban aku. Tapi hati aku tetap nak repeat fly dekat sawah padi yang di tenggelami air.

Kembali kepada asal

Sekarang ni aku kembali kepada asal hala tuju youtube channel aku. Memandangkan musim hujan dah beransur-ansur beralih ke negeri lain. Sekarang ni aku tengah menyusun atur isi kandungan video-video pada channel aku.

pada yang masih belum lagi subscribe, jangan lupa untuk SUBSCRIBE channel Kaki Godek