Tanam sayur dengan sistem hidroponik menegak – Part 1

  • by
tower hidroponik

Assalamualaikum dan salam PKP 2.0 dari saya Kakigodek. Pernah tak anda terlintas untuk bercucuk tanam secara menegak tanpa menggunakan tanah? Untuk projek kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua berkenaan cara menanam sayur dengan sistem hidroponik menegak.

Cetusan Idea

Tercetusnya idea untuk buat projek ni adalah di sebabkan oleh keluasan tanah yang agak terhad & juga kekangan masa untuk menyiram pokok sayur. Ya, saya agak sibuk untuk memantau dan menyiram pokok. Tetapi saya minat untuk bercucuk tanam. Disebabkan oleh kekangan masa untuk menyiram pokok, saya memutuskan untuk menggunakan konsep tanam sayur secara hidroponik. Malangnya, ia terbantut pula dengan keluasan atau space untuk meletakan hidroponik ini. Jika saya menggunakan konsep atau cara lama, makin banyak takung hidroponik, semakin banyak space yang akan saya gunakan.

Maka dengan setiap permasalahan yang timbul ini menyebabkan saya terlintas untuk melakukan sedikit kajian berkenaan hidroponik ini. Memang terlintas di fikiran pada masa itu untuk mengubah konsep asal hidroponik dari mendatar kepada menegak. Akhirnya, saya terjumpa sistem hidroponik secara menegak ini banyak digunakan di Indonesia. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang boleh saya improvekan untuk projek saya kali ini.

Draf asal projek hidroponik ini adalah menggunakan sistem solar untuk membekalkan kuasa kepada pam air dan saya boleh memantau status tower hidroponik saya. Apa yang saya ingin pantau? Saya ingin pantau suhu, paras air, paras pH air, cadangan masa menuai dan beberapa info lagi lah. Data-data ini akan di proses oleh Raspberry Pi, di mana saya akan melakukan coding dan memproses data-data tersebut untuk di lihat secara live dari mana-mana lokasi.

raspberry pi dashboard

Namun, setelah beberapa kali uji cuba dilakukan. Saya dapati mungkin belum tiba masanya lagi untuk membangunkan sistem ini secara sempurna. Terdapat limitation dari segi kemampuan sistem solar yang saya gunakan. Tapi tak mengapa, ini adalah lumrah dalam dunia R&D. Setiap uji cuba yang dilakukan belum tentu akan berjaya sepenuhnya. Untuk tidak membuang masa, saya teruskan juga projek hidroponik menegak ini.

Saya menggunakan PVC dengan diameter 4 inchi. Ketinggian PVC ini adalah tidak di sukat, sebab saya main hentam sesedap mata memandang. Untuk bahagian takung air pula, saya gunakan uPVC floor gully trap dengan sedikit lebihan yang juga sesedap rasa. Projek ini memang saya tidak lakukan ukuran yang tetap kerana ini adalah projek uji cuba semata-mata. Anda boleh tetapkan ukuran anda sendiri. Cuma disini saya kongsikan part atau item yang saya gunakan.

Berapa banyak lubang?

Berapa banyak lubang? Sebanyak 40 lubang pot berjaya saya terbuk untuk sebatang PVC paip ini. Jarak diantara setiap lubang adalah 15cm dan lebar sebanyak 5cm. Bagi takungan air pula, saya tambah ketinggian lebih kurang dalam 1 kaki untuk takungan air baja yang mana dapat menampung lebih kurang 4liter. Makin tinggi takungan air, maka makin dalam lah lubang yang perlu di korek, kerana tangkungan ini akan berada di dalam tanah.

Macam mana nak pam air?

Saya menggunakan 12V DC pam yang saya perolehi daripada shoppe. Pam ini akan berada sepenuhnya di dalam takungan air. Kemudian, air akan di tolak naik ke puncak dengan menggunakan papip 6mm. Untuk paip 6mm ini saya dapatkan paip coway sebab dia agak keras dan tak mudah pecah. Saya juga menggunakan Adjustable Drippers. Air akan terpancut secara sekata ke dinding paip PVC anda. Sedikit kreativiti di perlukan untuk memastikan kedudukan drippers tidak mudah beralih.

Pam air yang di rendam sepenuhnya.
Nota : pvc 15mm yang atas ni terpaksa di cabut balik sebab xmuat nak masukkan pot hidroponik.
tower hidroponik
Adjustable dripper
Gambar sebelum pvc 15mm di tukar ke paip air coway.

Lubang untuk pot tidak berapa cantik disebabkan oleh diy punya. Kalau korang nak lubang yang cantik, boleh la order dari shopee. Tetapi terdapat limitation pada lubang pot lah. Anda boleh riki dekat sini atau sini pun boleh.

Untuk part seterusnya pula, saya akan kongsikan dengan anda semua berkenaan wiring dan programming yang saya gunakan. Jangan lupa untuk SUBSCRIBE dan LIKE video saya di channel Kaki Godek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *