Stesen minyak dah tutup bila balik kerja semasa PKPB ?

  • by
Stesen minyak dah tutup

Kena kerja semasa PKPB ni? Stesen minyak dah tutup bila balik kerja semasa PKPB ? Minyak motor dah nak habis? Apa nak buat?? Bukan takat stesen minyak yang 24 jam tu jadi tak cukup 24 jam, 7e pun sama. Terus jadi tak reti tengok jam, hahaha.

Stesen minyak dah tutup!

Jangan panik! Setiap permasalahan ada penyelesaian dia. Yang sebenarnya, korang boleh je isi minyak guna kad debit korang tu. Tapi, mungkin ada yang tak berapa gemar guna kad bank untuk transaksi yang macam ni. Jadi, korang jangan bimbang. Korang boleh guna kad minyak yang jenis topup-topup tu. Kalau kaunter minyak tutup pun tak ada hal lah. Sebenarnya, selagi kad minyak korang tu ada duit kat dalam dia, korang tak perlu pun nak pergi kaunter. Berapa liter korang isi, itulah jumlah yang korang kena bayar.

Cara untuk dapatkan kad minyak.

Ok, cara yang aku kongsikan ni untuk stesen minyak PETRONAS aje tau. Untuk dapatkan kad ni, korang hanya perlu pergi kemana-mana stesen minyak PETRONAS dan terus berjumpa dengan mana-mana staff di Stesen PETRONAS tersebut. Kemudian korang beri tahu dia orang yang korang nak apply PETRONAS gift card. Jika stesen tersebut ada stok untuk kad tersebut, dia orang akan beri korang borang dan kemudian isi borang tersebut. Atau, korang boleh register kad tersebut dengan SMS dengan memasukan PGC <17 digit no kad> <no ic> <nama> dan hantar ke 36732. Senang bukan?

Ada bayaran ke?

Biasanya korang kene bayar RM10, tetapi nilai tersebut akan di masukan ke dalam kad. Bagi aku no problem sebenarnya. Sebab duit tu memang kita akan guna. Ada sesetengah tempat meletakan minima RM30. Jadi jumlah tu bergantung kepada stesen minyak tersebut. Tapi, hakikatnya itu nilai yang akan ada di dalam kad korang tu. Lepas korang dah bayar dan dah dapat kad. Korang boleh la tengok balik resit tu berapa baki yang ada pada kad minyak tu.

Jadi, korang dah tak perlu risau dengan Stesen minyak dah tutup bila balik kerja semasa PKPB sekarang ni. Pada para frontliner-frontliner yang bekerja untuk sekatan jalan raya atau mana-mana staff hospital yang bekerja shift, aku rasa memang sesuai untuk korang guna. Bila balik kerja malam-malam tu kan, tiba-tiba minyak motor dah nak habis, tengok stesen minyak pula tak ada orang. hahaha. Biasanya pam minyak tu boleh je korang guna untuk isi minyak, yang tak ada cuma orang yang nak terima duit tu je. Jadi, bila ada kad ni senang la sikit kan.

Aku harap perkongsian aku ni dapat membantu korang lah para-para frontliner yang bertugas. Bayangkan, bila habis duty, balik-balik kerja minyak habis. Nak isi minyak, tak ada orang dekat kaunter. Haru wehh.. Aku masa PKP yang mula-mula dulu, kena macam ni la jugak. Nak bawak kereta, jalan jem, jem sebab ada sekatan jalan raya. Untuk nak mudah dan cepat sampai, aku naik motor. Tapi tangki motor ni tak ada la besar mana kan. Dapat pergi balik pun minyak dah nak kering. Jarak antara rumah ke tempat kerja bini aku ni boleh tahan la juga sebenarnya. Jadi biasanya, otw balik tu minyak akan tinggal dalam 1 or 2 bar je. Paling haru kalau siang tu aku lupa isi minyak. Malam tu memang jahanam. Bayangkan kalau ko kena menolak motor dalam kegelapan malam tanpa kehadiran mana-mana kereta. PKP kot… Mana ada orang keluar malam time tu. Tapi, alhamdulillah time tu aku dah ada kad minyak ni, so aku just singgah je isi minyak. Cuma aku kena pastikan baki dalam kad tu mencukupi lah.

Gift Kad ni bukan semata-mata untuk isi minyak juga sebenarnya. Korang boleh je guna untuk buat pembayaran semasa korang membeli barang di kedai MESRA PETRONAS. Jangan lupa untuk kutip mata ganjaran dengan kad MESRA PETRONAS. Semoga perkongsian ini dapat membantu korang semua, tak kira lah frontliner ke sape ke. Bukan apa, korang boleh elak dari beratur panjang-panjang untuk bayar dekat kaunter. Lagi satu, benda ni lagi cepat korang setel isi minyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *